Sabtu, 05 Desember 2009

lahiriah

"LAHIRIAH"
HAZURAH (NIE-TOWNSVILLE)

Aku mengusap-ngusap kaki ku. Tidak ku sangka tubuh badan ku, kulit badan ku yang dipenuhi dengan kudis sembuh dengan begitu deras. Aku bershukur kerana Allah swt telah mengabulkan doaku.
Sejak lahir, aku menghidap satu penyakit kulit yang dipanggil ‘eczema’. Ianya adalah satu penyakit kulit di mana aku tidak boleh berada di dalam keadaan yang kurang bersih atau berpeluh berlebihan. Penyakit ini tidak berjangkit tetapi aku tidak tahu bagaimana ada yang merasakan seolah-olah ia akan berjangkit pada sesiapa yang rapat dengan ku. Aku terimbas kembali zaman remaja ku yang penuh dengan dugaan dan penderitaan akibat penyakit yang aku alami ini.
"Eeeee!!! Kucing kurap..... Jangan dekat dengan dia..... Nanti kau pun dapat penyakit macam dia. Dah lah kaki macam gitu, ada hati lagi nak pakai skirt.... Eeeeee... gelinya..." Aku masih ingat lagi kata-kata yang diutarakan oleh teman sedarjah ku. Aku tidak tahu kenapa dia rasa geli terhadapku. Aku tidak minta di lahirkan begini dan tidak ada sesiapa pun yang ingin dirinya dilahirkan dengan kecacatan. Namun ini semua adalah pemberian dariNya. Setiap insan dilahirkan dengan kecacatan masing-masing. Aku bersyukur terhadapNya kerana ada yang lebih teruk daripada ku. Aku kehilangan beberapa kawan lelaki di sekolah kerana penyakit ku ini. Diantaranya ialah seseorang yang aku menaruh hati pada.
Aku tahu benar mengapa dia jijik dengan diri ku ini. Keadaan kedua-dua belah kulit kakiku hitam di bahagian belakang lutut. Hitam akibat terlalu sering menggunakan ubat-ubat doktor yang tidak dapat menyembuhkan keadaan kakiku. Ada kalanya kaki ku akan luka. Aku telah mencuba segala macam ubat untuk menyembuhkan diri ku ini, tetapi tiada ubat yang dapat menyembuhkan aku seratus peratus. Ada orang kata bahawa aku akan hidup dengan penyakit ini. Ada masanya kaki ku akan licin, tiada sebarang luka kecuali kulit ku yang sudah rosak, hitam warnanya. Dan ada masanya pula ia boleh luka kerana aku menggaruknya. Ia boleh datang dan pergi mengikut sesuka hatinya.
Ibu pernah bertanya pada ku adakah aku tidak berasa malu dengan keadaan ku. Ibu kata aku sudah dewasa dan patut pandai jaga keadaan diri ku sendiri. Ibu boleh berkata apa sahaja yang dia mahu tetapi aku yang menanggungnya. Aku tahu sebenarnya ibu risau dengan keadaan ku sebab itu ibu berkata sedemikian. Ibu tak mahu melihat aku menderita. Seperti kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang aku tidak dapat menafikan bahawa aku malu. Siapa sahaja yang tak akan berasa malu dengan keadaan sebegini? Pergi ke sekolah kerajaan dengan menggunakan skirt pendek dan ramai orang dapat melihat kaki ku yang "berkudis" ini.
Oleh kerana penyakit ku ini, mereka enggan berkawan dengan ku. Bukan setakat enggan berkawan dengan ku malah, enggan berkawan dengan kawan-kawan ku yang tidak bersalah. Aku berasa kasihan pada kawan-kawan ku yang turut diejek-ejek oleh mereka. Aku tidak ingin kawan-kawan ku disingkirkan kerana aku. Namun, syukur alhamdullilah kawan-kawanku adalah kawan yang sejati. Mereka tidak menghiraukan ejekkan mereka semua. Malah mereka memberitahu ku bahawa mereka gembira mendapat kawan yang tabah seperti aku. Ada kawan-kawan ku yang selalu membantu ku untuk mencari penawar penyakit ku ini.
Pada mulanya, ia hanya pada kaki ku, tapi lama kelamaan di tangan ku. Dibelakang siku ku lebih tepat lagi. Pernah sekali aku luka dibahagian tangan dan aku tidak boleh duduk lama di bilik yang berhawa dingin kerana kulit ku akan bertambah kering jika aku terlalu lama di bilik yang berhawa dingin. Mereka mengejek aku bila aku dalam kesakitan. Jikalau dahulu aku sering menangis kerena ejekkan mereka, kini aku sudah berubah. Aku tidak mampu melakukan apa-apa tapi aku bersabar dengan kelakuan mereka kerana Tuhan akan membalas mereka yang suka memperkecilkan orang lain dan juga aku berfikiran yang mereka belum matang lagi. Kini setelah ke pusat pengajian yang lebih tinggi, aku berpeluang untuk berpakaian yang menutup aurat. Orang ramai tidak tahu samada aku berpenyakit kecuali mereka nampak dengan mata mereka sendiri. Aku tidak hiraukan apa orang akan kata jikalau mereka tahu perkara yang sebenar kerana aku masih mencari penawar bagi penyakit ku ini dan aku tidak berselindung di balik pakaian yang menutup aurat kerana penyakit ini.
Aku mahu orang menerima ku sebagaimana perwatakan aku, bukan kerana lahiriah. Aku selalu pastikan bahawa mereka yang kenal dengan diriku ini sedar akan penyakit yang ku hidapi bukan kerana aku dahagakan simpati dari mereka tetapi aku mahukan kawan atau kenalan yang jujur. Pernah seseorang menyatakan bahawa aku boleh berselindung kini, tetapi aku tidak dapat berselindung daripada bakal suami ku ( insya-allah jika ada jodoh kelak ). Ya, aku mengaku. Perkara itu pernah terlintas dalam fikiran ku dan aku tahu bahawa sekiranya aku ditakdirkan untuk berkahwin, aku tidak akan lepas dari penyakit ini. Suami ku pasti akan ketahuinya. Aku hanya mampu berserah kepada Tuhan yang Maha Berkuasa supaya dijodohkan aku dengan seorang lelaki yang tidak memandang pada kecacatan aku tetapi dapat menerima ku walaupun aku dalam keadaan begini.
Aku juga seperti insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Aku juga inginkan belaian kasih sayang dari orang yang ku cintai. Dan aku juga ingin dicintai. Kadang-kala timbul juga perasaan cemburu apabila melihat teman-teman ku mempunyai kekasih.
Roy namanya. Itulah nama glamornya di sekolah. Lelaki yang paling "cute" dan paling gagah tubuh badannya. Tidak hiraulah jika ramai wanita tergila-gilakannya. Semenjak pertama kali aku menjejaki kampusku, aku terpaut dengan wajah Roy. Aku sedar aku tidak layak memilikinya. Tapi entah lah perasaan ini berdegup dengan pantas setiap kali terpandang wajahnya. Pantang aku termenung, pasti terbayang-bayang wajahnya. Tapi siapakah aku untuk menyukai dirinya? Ah. Aku hanya bermimpi di siang hari. Aku kembali merenung anggota ku yang cacat ini. Tidak mungkin Roy akan terima aku. Tidak. Potong jari aku jika dia menjadi milikku. Ah! Aku harus pijak di bumi nyata bukan membina istana di kayangan. Tetapi perasaan ku sukar untuk melupai diri Roy.
Suatu hari aku memberanikan diri untuk mendekatinya dan cuba mencetuskan perbualan. "Hi Roy. Boleh tolong Mida tak?"
"Oh Asmida. Tolong apa?" Roy menjawabnya ringkas.
Aku semakin gamam. Sukar juga untuk aku menyusun kata-kata ku supaya sedap didengar.
"Mida nak minta tolong ajarkan Mida pelarajan komputer. Roy sudi tak?"
Tiba-tiba perbualan kami disampuk oleh Yani. Ramai mengetahui bahawa Yani menyukai Roy tetapi hingga kini mereka masih berkawan. Ini membuatku lebih berani mendekati Roy.
"Jangan buang masa Mida. Roy dah janji nak ajar Yani. Come, let’s go Roy," sampuk Yani dengan angkuhnya.
Arghhh!!! Aku cuba melupakan diri Roy tapi sukar. Inikah dinamakan cinta? Tapi aku cacat. Aku tidak setaraf dengan Roy. Oh Tuhan kenapa kah aku dilahirkan di dunia? Aku tidak menyalahkan takdir. Tapi! Arghhh…. Tidak mungkin Roy dapat membalas cinta ku.
Terngiang-ngiang di telinga ku apabila teringatkan kata kata pesat teman teman di kampus. "Dah lah Asmida, kau lupakan sahaja niat kau untuk mendekati Roy. Kau tau tak Roy tu siapa? Sedangkan Yani yang begitu cun Roy tak nak apa lagi engkau? Come On Mida. Wake up gal."
Sedih, pilu aku mendengar kata-kata hinaan teman-teman ku. Hinakah aku, burukkah aku sehingga aku tidak layak bercinta? Tidak layak mengasihi orang?
"Umi! Umi! Kenapa menangis Umi?" tiba-tiba aku dikejutkan dari lamunan.
Aku terus memeluk dan mencium dahi anak sulung ku Shirah hasil perkahwinan ku dengan Roy, jejaka yang pernah aku tergila-gilakan di zaman persekolah ku itu.
"Kenapa Yang nangis?" Suami ku tiba-tiba muncul dari belakan lalu bertanya sambil mengusap kepalaku.
"Mida teringatkan zaman remaja Mida. Mida sering dihina kerana kecacatan Mida. Mida pun tak sangka Mida dapat berkahwin dengan Abang," aku mengalirkan air mata kegembiraan.
"Mida, Abang tak pernah pandang Mida secara luaran. Mida isteri abang yang paling cantik di dunia dan akhirat." Aku memeluk suami ku dunia dan akhirat dengan penuh kasih sayang. "Terima Kasih Sayang."
Ya Allah. Kau telah membuktikan pada ku bahawa setiap insan semuanya sama di sisimu. Amin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar